Thursday, April 28, 2011

Rasa @ Perasaan B.U.N.U.H. D.I.R.I

1- Aku tension
2- Kenapa aku tension?
3- Aku penat dah. Serabot. Suma dok atas kepala aku. Orang lain senang lenang. Tak pikir pun pasal aku.
4- Aku tension. Kenapa takde orang nak amik tau pasal aku.
5- Siapa aku pada mata mereka?
6- Masih perlu kah aku untuk mereka?
7- Benci.
8- Aku tension.
9- Aku baring tergolek. Pandang siling. Tengok kipas berputar. erm......
10- Aku golek lagi. Kali ni, aku tengok dinding.. erm...
11- Aku tension. Kenapa ngan aku ni?
12- Kenapa aku rasa sakit hati gila babi?
13- Aku benci. Siapa aku? Kenapa diorang tak pernah nak amik tau pasal aku?
14- Seronok sangat ke, buat aku sakit hati?
15- Argh.... aku tension.
16- (Buat semua benda tak kena. rasa sakit hati. mendalam sangat. tapi tidak marah membara. Tubuh aku seolah lemah longlai. tak bermaya. rasa malas tahap tertinggi. Semua nya rasa malas. malas nak gerak. semuanya tak kena.)
17- Argh....aku benci lah. SHIT !!!!

Skrip itu kah? Dialog itu kah?
Itulah skrip ku. tidak direka.
Itu yang aku rasa.
Aku rasa benci. mendalam. aku rasa marah sangat. tapi aku tak buat apa- apa (tidak pula pergi balas dendam pada orang yang aku benci.). Aku serabot gila babi. Aku tension. tapi tubuh aku tak gerak g mana- mana pun. di situ. statik. tidak bergerak .

Ungkapan ku sama. dan berulang.

AKU TENSION GILA BABI. SAKIT HATI BETOL, AKU. AISH....

Aku ulang.
ulang
dan
aku ulang lagi.

Sampai aku jadi bengong.

Ketika itu.
Otak jadi semakin tepu.
argh....
sakit hati aku.
aku ulang lagi kata2 ku di atas itu.

tanpa sedar,
Aku rasa, aku macam biol sikit.

Aku seolah rasa, aku tiada rasa,
aku tiada perasaan.

Kepala aku. asyik sebut TENSION, SAKIT HATI.
arghhhh...

aku ulang lagi.

dan ntah semena-mena, aku terfikir untuk bunuh diri.

Dalam rasa biol itu, aku rasa, aku tepu sangat.

SITUASI INILAH YANG AKU MAKSUDKAN ' DI SAAT- SAAT ITU...'


Aku pergi ke tandas, walau biol, organ ginjal aku masih berfungsi dengan baik. aku gi toilet. buang air. basuh muka. Aku masih buntu.

Kredit prepaid aku tak banyak. Nak call orang. tak cukup kredit nak call. Hari sudah malam.

laptop ada. Broadband ada. Aku buntu, dan argh.. aku lanyak je la.

Aku perlukan seseorang untuk meluah rasa. aku sakit hati sangat ni.

Aku buka akaun Facebook aku. Ah sudah !! Rakan sekuliah ku, tiada pula yang ONLINE.

Kebetulan ada ANONYMOUS. Entah siapa. Aku klik nama dia. dan aku main terjah dia. aku kata.

WEY. TOLONG AKU. AKU PERLUKAN SESEORANG NAK BERCAKAP. AKU DAH TAK TAHAN NI. AKU TENSION SANGAT NI. AKU DAH TERPIKIR NAK BUNUH DIRI TADI.
TOLONG AKU WEY.

si ANONYMOUS pun balas, dengan berderup panjang persoalan

Oi, Relax wey. Cuba ko cita kat aku? Apa masalah kau ni?
..................................
...................................
...................................
...................................
...................................

Berborak panjang aku dengan si ANONYMOUS itu.
Banyak pulak soalan dia.
Aku pun cerita lah segala nya dari A-Z.

Tanpa aku sedar. ada dalam 30 minit.
Aku rasa lain.
Aku tak tipu wey.
Entah lah serius wey
Aku rasa lain sangat
Tak macam aku rasa masa aku tepu gila babi tadi

Tetiba, aku rasa, aku seperti aku yang standard. entahlah
Lain. dan entah macammana.
Aku rasa, aku seperti dulu. cara aku fikir, macam biasa lah.
Macam aku selalu lepak ngan kawan- kawan aku.
Aku berborak bagai tadi dengan si ANONYMOUS
Sampai aku terlupa akan insiden sebelum nya.

Aku boleh pulak gi mandi, makan segala. Buat aktiviti macam biasa.

Mungkin ini kuasa tuhan.

Entahlah. Dengan sapa aku chatting tadi.

Aku rasa lega. dan sedikit sebanyak. kata- kata nya membuatkan aku berfikir akan kata-kata nya.

Bukan lah poyo sangat kata bunuh diri itu ini. tapi, Dia bercerita akan hal yang aku cerita kan pada nya.

Rupanya begitu. Perasaan Bila terfikir mahu diri.

Alhamdulillah. Walaupun siapa pun si ANONYMOUS, Aku mendoakan dia sentiasa dirahmati Allah dan dilindungi-NYA sampai akhir hayatnya. si ANONYMOUS telah menyelamatkan aku.

Astagfirullah hal azim. (Baru nak sebut nak nama tuhan. manusia. memang macam tu kan)

Aku saje bukak laman web faveret aku, OH TIDAK. kebetulan ada entri pasal orang bunuh diri.

Ya ampun. Hodoh benor 'rupa' si mati selepas bunuh diri.
Aku takot darah.
Ya ampun.
Aku dah pening kepala. dan aku kena berehat sebentar.
Jika tidak, darah naik kat kepala.

Pening.pening..

Alhamdulillah.
Aku masih hidup.
Aku ngeri tengok rupa si mati selepas bunuh diri.
Adakah aku  akan kelihatan huduh seperti mereka.
JIKA AKU TIDAK SEMPAT TADI?


Wahai kalian,
Pesanan aku, Jika orang yang kau inginkan hadir tika kau dalam keadaan memerlukan. jangan lah terlalu berharap. carilah. Sesiapa pun. walau si ANONYMOUS. Mereka mampu menenangkan kita.

Sebenarnya pada aku,
sesiapa pun, boleh buntu, boleh tension

Mungkin terfikir untuk bunuh diri.

Cuma apa pesan ku, carilah, sesiapa pun untuk bercakap. berchatting.

Kita sebenarnya terlalu ingin diambil perhatian.
Ya. aku pernah rasa itu.
sakit sangat.

Tolonglah. ambil tahu pasal aku
Tanya aku.
Jangan biarkan aku sendirian.
Walau zahir aku OKEY. CERIA.
Tapi jiwa ku. aku kesepian.
sendiri.

Tanyalah kabarku